UKM Menduduki Tangga Kelapan Terbaik Universiti Asia tenggara, 500 Seluruh Dunia: Webometrics

Ahad, 31 Julai 2011 21:33
Cetak PDF

BANGI, 31 Julai 2011 -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga kelapan terbaik di kalangan universiti Asia Tenggara, dan termasuk dalam senarai 500 universiti di seluruh dunia, demikian menurut Webometrics Ranking Web of World Universities, yang mengeluarkan hasil kajiannya pada 30 Julai.

Dua buah universiti penyelidikan lain, Universiti Teknologi Malaysia and Universiti Sains Malaysia juga berada dalam kategori 10 terbaik universiti Asia Tenggara. Kedua-dua universiti juga berada dalam kategori 500 buah universiti terbaik dunia.

Manakala dalam kategori universiti terbaik Asia, UKM menduduki tangga ke 51, UTM menduduki tempat ke 47, dan USM 48.

Ini adalah satu kejayaan besar kepada UKM. Dalam kategori universiti Asia Tenggara setahun lalu, UKM menduduki tempat ke 25, enam bulan lalu ia melompat ke tangga 13 dan seterusnya tempat kelapan. Dalam kategori dunia ia melonjak dari tangga ke 731 enam bulan lalu ke 462 kini.

Dua buah lagi universiti penyelidikan, Universiti Malaya and Universiti Putra Malaysia, ditempatkan masing-masing di tangga ke 11 dan 14 di kalangan universiti Asia Tenggara, dan 552 and 589 dalam kategori dunia.

Webometrics yang menjalankan kajian terhadap 20,000 universiti seluruh dunia, membuat penarafannya berdasarkan empat penandaras: visibiliti (50%), saiz (20%), rich files (15%) and scholar (15%). Ia mengeluarkan hasilnya pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Data quantitative diperolehi dari enjin carian Google, Yahoo, Live Search and Exalead.

Menurut website Webometrics, ia bertujuan menggalakkan universiti dan para sarjana untuk mewujudkan penampilan web yang mencerminkan dengan tepat kegiatan mereka.


Webometrics Ranking Web of World Universities, July 2011

Universiti-universiti Malaysia

Terbaik Malaysia

100 Terbaik Asia Tenggara

100 Terbaik

Asia

500 Terbaik Seluruh Dunia

Universiti Teknologi Malaysia

1

4

47

419

Universiti Sains Malaysia

2

5

48

428

Universiti Kebangsaan Malaysia

3

8

51

462

Universiti Malaya

4

11

66

552

Universiti Putra Malaysia

5

14

75

589

Berita Kampus

Arkib Berita