Pakar Ekonomi Timbalan Naib Canselor UKM Yang Baru

Khamis, 15 September 2011 22:50
Cetak PDF

Oleh Shahfizal Musa
Foto oleh Ikhwan Hashim
 


BANGI, 15 Sept. 2011 – Seorang pakar ekonomi, Prof  Datuk  Dr. Noor Azlan bin Ghazali, mengambil alih tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)  UKM  daripada  Prof Datuk Dr Hassan Basri mulai 19 Ogos, 2011.


Sebelum lantikan sekarang, Prof Datuk Dr Noor Azlan adalah Dekan, Graduate School of Business, UKM.


Satu majlis penyerahan tugas berlangsung hari ini di Canselori, dengan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dato’ Zulkelfi A Hassan, Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudddin, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pegawai-pegawai lain.


Prof Datuk Noor Azlan, yang mengkhusus kepada perniagaan dan ekonomi kewangan, memperolehi PhDnya dari University of Nebraska-Lincoln, USA dalam tahun 1997, dan MBA dalam kewangan dari universiti yang sama dalam tahun 1988.


Dalam bulan Mei 2011, beliau memperolehi ijazah sarjana berprestij Master in Public Administration melalui Program Edward S Mason, di bawah Harvard School of Business (pengambilan July 2011-Mei 2011


Beliau dipinjam ke Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2006 hingga 2009, dengan memegang jawatan sebagai ketua, pasukan perundingan khas mengenai globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC), Pengarah, Makroekonomic and Pelaburan, Direktorat Pelaksanaan Negara (NID), Pengarah, Institut Pembangunan Malaysia (MDI), Unit Perancangan Ekonomi (EPU).


Prof Datuk Dr Noor Azlan menghargai asas yang diletak oleh Prof Dato’ Hassan Basri, pemegang jawatan sebelum ini dan berjanji beliau akan meneruskan usaha itu dan akan terus meningkatkannya lagi.

 

Semasa menjadi Timbalan Naib Canselor, Prof Dato’ Hassan Basri, telah berjaya mendapatkan Washington Accord, menjadikan UKM universiti pertama di kalangan Negara-negara membangun Islam diterima sebagai anggota WA.


Washington Accord ialah satu persetujuan yang menerima “mutual recognition” berhubung kelayakan peringkat universiti dalam bidang kejuruteraan.


Prof Dato’ Hassan berkata beliau ingin memberi tumpuan kepada penyelidikannya sebaik saja beliau kembali daripada cuti sabatikalnya.

Berita Kampus

Arkib Berita