Kuasa nuklear Jawapan Hijau kepada Keperluan Tenaga, kata Saintis

Khamis, 29 Julai 2010 12:24
Cetak PDF

Oleh Kuah Guan Oo  

BANGI, 29 Julai 2010 – Seorang profesor adjung Program Sains Nuklear Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata penjanaan kuasa nuklear adalah pilihan paling baik bagi memenuhi keperluan tenaga Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

 “Saya tidak bermaksud untuk menidakkan penggunaan kuasa solar, angin dan air untuk memenuhi keperluan kuasa pada masa depan daripada sumber hijau dan terbaharu tetapi pilihan bebas karbon terbaik adalah penjanaan tenaga nuklear,” kata Prof David Bradley, seorang ahli fizik nuklear yang tiba di sini 10 hari ini untuk tugas adjunk dua minggu di sini.

Beliau berkata beliau sedar akan perdebatan masa ini mengenai sama ada Malaysia patut menggunakan kuasa nuklear memandangkan bekalan fuel galian yang tidak mampu memberi pergantungan berterusan dan juga arang batu mengeluarkan asap karbon atau hampas sayuran dibakar.

Kecuali penjanaan kuasa nuklear, semua sumber penjanaan kuasa yang lain akan memerlukan kawasan tanah yang luas yang sepatutnya boleh digunakan untuk tanaman diburukkan lagi dengan kemusnahan kepada persekitaran.

Prof Bradley, 58, dari Universiti Surrey, United Kingdom, berkata beliau memahami keadaan Malaysia kerana “semua orang di dunia ini biasanya amat bimbang dengan apa saja berkaitan nuklear.”

Apa yang mereka tidak tahu adalah sains dan teknologi telah berkembang dan maju begitu pantas sehingga “kita tahu lebih banyak perkara mengenai tenaga nuklear dan memiliki begitu banyak teknologi canggih untuk menjamin keselamatan loji kuasa tenaga nuklear.”

Dengan asas perindustrian yang besar dan berkembang, katanya, penjagaan kuasa nuklear adalah satu komponen penting bekalan kuasa masa depan bagi Malaysia.

Apa yang orang tidak tahu, katanya, adalah tubuh manusia sendiri mengeluarkan radiasi yang rendah, sama seperti persekitaran. Kebimbangan ini  dan kekurangan pengetahuan membuat orang ramai bimbang atau menolak tenaga nuklear atau apa saja berkaitan dengan perkataan “nuklear”.

“Tahukah anda bahawa MRI (atau Pengimejan Resonan Magnetik) dulu dipanggil Pengimejan Resonan Magnetik Nuklear lalu perkataan nuklear digugurkan jadi dengan sendirinya orang ramai boleh berasa selesa menggunakan perubatan nuklear,” katanya.

 “Kejahilan itu merugikan,” katanya, sambil menarik perhatian betapa perdana menteri India pertama, Jawaharlal Nehru pernah berkata bahawa kemiskinan di India ada kaitan dengan kekurangan tenaga. Tetapi ekonomi India hari ini berkembang pesat kerana ia telah melatih dan menambah kumpulan saintis nuklearnya sendiri yang menerajui industri penjanaan kuasa nuklear tempatan,” kata beliau.

Hasil pemindahan teknologi terbalik

Prof Bradley bukanlah asing kepada Malaysia, kerana telah tinggal di sini selama 20 tahun ketika dia mengajar di Universiti Sains Malaysia pada 1982 di mana beliau memperolehi ijazah kedoktorannya.

Beliau amat terhutang budi kepada penyelia beliau, Prof A M Ghose dan Prof C S Chong yang telah berjaya menanam minat beliau dalam bidang fizik radiasi.

Sedang bidang profesional beliau dicanai dan ditingkatkan di USM, hatinya pula terpikat kepada seorang gadis Melayu dari Kampung Baru.

Samsidar atau Puan Bradley adalah anak Almarhum Hamzah Alang, Ahli Parlimen UMNO bagi Kapar yang menurunkan bendera Union Jack di Stadium Merdeka ketika Almarhum Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Malaysia merdeka.

Samsidar, katanya, belajar di Bukit Nenas Convent dan mendapat Ph.Dnya pada 1977. Hanya selepas berkahwin dengan Samsidar beliau datang ke Malaysia tetapi tidak sempat menemui bapa mertuanya.

Beliau terkejut melihat penggunaan meluas radioterapi dengan pelbagai prasarana canggih yang biasanya hanya ada di negara-negara maju.

Ketika beliau pertama kali ke Malaysia, beliau masih ingat hanya ada dua unit radioterapi di negara ini – sebuah di Hospital Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Hospital Mt Miriam Pulau Pinang.

“Kini saya tidak dapat mengira berapa unit radioterapi yang ada di negara ini. Tetapi ia adalah pertanda baik kerana ia menunjukkan tahap kecanggihan dalam rawatan barah.”

Rawatan radioterapi yang tinggi tahapnya dan prasarana canggih inilah yang memikat pelancong kesihatan dari rantau ini ke Malaysia. Ditanya mengenai langkah-langkah perlindungan radiasi di Malaysia, beliau berkata: “Anda ada alat perlindungan paling baik. Malah ia dikawal dengan sempurna amat sukar menyalahkannya.”

Jaminan kualiti yang ada amat sukar dipersoalkan dan beliau beri kepujian kepada pakar dan pelajar fizik yang mempengaruhi perkembangan QA, di samping pihak berkuasa kawalan dan pelesenan Kementerian Kesihatan.

.Semua yang terlibat ini, katanya, mempunyai kesedaran tinggi untuk diukur dengan yang terbaik di negara-negara maju.

Balik Kampung 

Prof Bradley yang menghabiskan beberapa hari lalu menemui pelajar-pelajar dari Tahun Satu ke tahap pasca-siswazah, berkata Program Sains Nuklear Pusat Fizik Gunaan UKM amat penting kepada perkembangan sains nuklear di negara ini. Oleh kerana inilah saintis dan penyelidik dari UK, Korea Selatan dan negara lain datang ke sini.

“Kampus UKM begitu besar dengan pelbagai kegiatan dijalankan pada masa yang sama...saya amat terpegun dengan tahap kegiatan dijalankan,” katanya ketika ditanya apa pandangan peribadi beliau.

“Anda beri saya penginapan di Hotel Equatorial di bandar, tetapi saya dengan segera keluar untuk menginap di hotel lebih baik iaitu Puri Pujangga!

Satu perkara yang memikat Prof Bradley di UKM ialah walaupun ia begitu luas, “di sini semua orang saling kenal mengenali seperti adik beradik. Ini amat bagus kerana kita tidak hidup bersendiri.”

Berita Penyelidikan

Arkib Berita