Negara Bangsa, Peradaban Dan Pembangunan
- Negara Bangsa
- Pendidikan Dan Peradaban
- Politik Dan Keselamatan
Bahasa Kebangsaan Dalam Kepelbagaian Di Malaysia
INFO
Nic Negara Bangsa, Peradaban dan Pembangunan merangkumi bidang negara bangsa, pendidikan dan peradaban serta politik dan keselamatan. Dalam Nic Negara Bangsa, Peradaban Dan Pembangunan kehebatan Profesor UKM unggul dalam kajian etnik dan juga kajian Malaysia dan Antarabangsa. Program kerjasama oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dengan negeri-negeri Latin dan Central America telah mendapat sokongan Group Of Latin America Ambasador (GRULAC). IKMAS juga telah menjadi tumpuan Asean Publlic Intelectual Fellowship (API) di bawah Nippon Foundation sejak bertahun-tahun. Fakulti Undang-Undang dan warga penyelidiknya telah membuktikan fakulti berkenaan berada pada tempat pertama di Malaysia, tempat ke 17 di Asia dan tempat ke 122 di dunia berdasarkan QS World University Ranking 2014. Fakulti Undang-Undang telah membantu mahasiswa menjuarai pertandingan regional dan juara dunia Space Law Moot Competition 2014 dan best mooter Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition (JESSUP Competition) 2014. Program STEM BITARA dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan menyokong kepada salah satu program berimpak tinggi di bawah Majlis Penasihat Global Sains dan Inovasi (GSIAC). STEM BITARA juga dilaksanakan bersama dan dengan bantuan kewangan dengan pihak Felda melibatkan pelajar anak peserta Felda dan juga Exxon Mobile yang akan melibatkan pelajar Lembah Kelang seramai 160 orang. Warga akademik UKM cemerlang dalam bidang penddikan dan telah memenangi tujuh daripada 12 kategori yang dipertandingkan dalam carnival E-pembelajaran university-universiti kebangsaan (NUCEL) 2014. UKM juga merupakan pelopor dalam pendidikan insan cemerlang melalui permata pintar yang memberi peluang kepada mereka yang terpilih untuk mengembangkan potensi dan bakat. UKM telah melaksanakan Terengganu @ UKM dengan mengadakan projek Your Language My Culture dengan bantuan dan kerjasama oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan. Berdasarkan QS Subject Ranking Mapping 2014, bidang pengajian politik dan antarabangsa serta bidang pendidikan berada pada kedudukan 100 terbaik. Pengajian Undang-Undang, matematik, kejuruteraan (mechanical, manufacturing, electric & electronic, civil& structural) berada pada kedudukan 150 terbaik. Pengajian ekonomi dan ekonomatrik, geography dan farmasi& farmakologi berada pada kedudukan 200 terbaik.
KEPAKARAN
Profesor UKM unggul dalam kajian etnik dan juga kajian Malaysia dan Antarabangsa.
JARINGAN
Program kerjasama oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dengan negeri-negeri Latin dan Central America telah mendapat sokongan Group Of Latin America Ambasador (GRULAC)
PENGLIBATAN
Fakulti Undang-Undang telah membantu mahasiswa menjuarai pertandingan regional dan juara dunia Space Law Moot Competition 2014 dan best mooter Philip C. Jessup International Law Moot Court Competition (JESSUP Competition) 2014.
NIC PENYELIDIKAN
Negara Bangsa
Pendidikan Dan Peradaban
Politik Dan Keselamatan
pautan pantas





