Kajian Undang-undang dan Penyelesaian Pertikaian

Kajian Kelompok ini menjurus kepada isu pengawalseliaan dan penyelesaian pertikaian dengan menggunakan undang-undang sebagai landasan. Tumpuan diberikan kepada:

  • Impak Triti antarabangsa/serantau terhadap perundangan kebangsaan;
  • Pengawalseliaan entiti perniagaan dari sudut perundangan; dan
  • Memberi kesedaran mengenai isu-isu semasa perundangan dan perubahan undang-undang dan implikasi terhadap hak asasi.

Objektif kelompok ini ialah:

  • Mengenalpasti cakupan penyelidikan yang boleh mengembangkan dan meningkat pemahaman isu berkaitan pengawalseliaan dan penyelesaian pertikaian dengan menggunakan undang-undang sebagai landasan;
  • Menyediakan suasana yang kondusif untuk penyelidik menjalankan penyelidikan, termasuk bimbingan, sokongan penerbitan dan jaringan;
  • Menetapkan sasaran pencapaian kluster yang akan membantu penyelidik untukĀ  pembangunan akademik individu seterusnya UKM.

Kelompok ini dibahagikan kepada 3 program penyelidikan, seperti berikut:

Undang2