Kajian Wacana Keselamatan

Kelompok Keselamatan memberi tumpuan kepada keselamatan tradisional dan keselamatan bukan tradisional (keselamatan insan). Keselamatan Tradisional adalah bidang ilmu yang berkaitan dengan keselamatan dari perkspektif negara dan melibatkan isu sempadan dan pertahanan negara.  Tumpuan kumpulan kajian adalah kepada tujahan ilmu berkaitan dengan hubungan, luar keupayaan ketenteraan, dan peranan negara. Keselamatan bukan tradisional (keselamatan insan) memberi penekanan bahawa persepsi ancaman merupakan elemen utama dalam keselamatan insan yang   merangkumi isu makanan, kesihatan, komuniti, peribadi  dan ekonomi.

Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk membuat kajian ini.  Dalam konteks ini, dengan menggunakan kerangka Bangi Approach to Human Security (BAGUS) yang telah dibangunkan oleh kumpulan penyelidik di UKM, penyelidik bergerak untuk memahami rasa ketakselamatan yang dialami oleh mereka yang terkesan oleh ancaman tersebut serta mencari jalan penyelesaian kepada pemasalahan yang dihadapi. Di mana perlu, pendekatan ini akan dimurnikan lagi keampuhannya melalui proses penyelidikan dan perdebatan.

Soalan penyelidikan yang boleh dijadikan teras untuk kelompok ini ialah:

  • Bagaimana sesuatu isu menjadi atau dijadikan sebagai isu keselamatan?
  • Bagaimana BAGUS yang diperkayakan dengan konsep pemerkasaan boleh menerangkan fenomena berkaitan dengan keselamatan insan?
  • Bagaimanakah keselamatan negara diimpak oleh pengaruh luar?
  • Bagaimana pakatan boleh memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara?
  • Apakah kaitan di antara keselamatan dan pembangunan negara?

Isu vulnerability (kemudahancaman).

Kelompok ini dibahagikan kepada 3 program penyelidikan, seperti berikut:

Keselamatan