Pengenalan

 

h

Nobelist Mindset Programme ini adalah salah satu program di bawah Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC), satu pendekatan berkonsepkan “Cradle to Career.” Diterajui oleh UKM dibawah kepimpinan Prof. Dato’ Dr, Rahmah Mohamed, program perintis ini bertujuan untuk memberi pendedahan  dan latihan kepada para pelajar, guru, and saintis muda tentang cara  berfikir yang perlu dimiliki untuk menjadi seorang ahli Nobel  Laureate. Sungguhpun para Laureate merupakan kumpulan saintis yang  pintar dan berbakat secara semulajadi, pendorong utama kajian mereka  merupakan pemikiran tertentu yang memiliki tiga ciri berikut: 1)  kesungguhan walau pun dalam menghadapi kritikan, 2) kemampuan melihat   hubungkait antara ide-ide, hubungan yang tidak terlihat oleh orang   lain, dan 3) kreativiti.  Walaupun kepintaran dan bakat semulajadi tidak boleh dipelajari, kemahiran-kemahiran yang membolehkan ahli laureate berjaya boleh dilatih untuk membolehkan seseorang saintis memikirkan tentang kajian mereka, dan merancang kerjaya mereka supaya mereka boleh berfikir seperti seorang pemenang hadiah nobel.

UKM dengan kerjasama The New York Academy of Sciences (NYAS) dan Kementerian Pengajian TInggi, serta dibantu oleh MIGHT, telah mengadakan Bengkel Nobelist Mindset Workshop yang pertama di Pusat PERMATApintar Negara, UKM Bangi dari 27 hingga 31 Januari 2013. Sekurang-kurang  11  orang jurulatih dari New York Academy of Sciences, 80 pelajar serta 20 guru dari pelbagai sekolah seluruh Malaysia dan 20 saintis muda dari kebanyakkan universiti penyelidikan tempatan telah terlibat dalam bengkel ini. Persamian bengkel ini telah dilakukan oleh Penaung PERMATApintar, Y.A.Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor.

Untuk maklumat lanjut, dapatkan maklumat “ Nobelist Mindset Program” di sini