Bengkel Nobelist Mindset PERMATApintar ke 3

Bangi: Bengkel Ketiga PERMATApintar Nobelist Mindset Workshop bermula hari Isnin, 17 November 2014. Bengkel ini diadakan di Pusat PERMATApintar Negara, UKM Bangi sehingga 21 November 2014. Seramai 200 orang murid, seratus orang terdiri dari murid PERMATApintar manakala selebihnya murid-murid dari pelbagai sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, mengambil bahagian dalam bengkel ini. Selain itu, sepuluh orang guru dari pelbagai sekolah do bawah Kementerian Pendidikan, saintis-saintis muda, dan penyelidik-penyelidik muda dari pelbagai univeriti penyelidikan dalam negara juga mengambil bahagian.Antara jurulatih yang terlibat termasuklah lima orang kakitangan akademik dari New York Academy of Sciences (NYAS), New York.

iu

Sebahagian dari peserta bengkel sedang menjalani aktiviti group dynamics

Maklumat lanjut mengenai perjalanan bengkel ini akan dipaparkan sebaik diterima.
Kunjungi laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bengkel ini.

Juga berkaitan: Bengkel Nobelist Mindset PERMATApintar Ke 2