Centre for Engineering Education Research

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Events

Program Cuti Sekolah Disember 2023

Sukacita dimaklumkan, sempena musim sekolah bagi tahun 2023, Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan pelbagai program cuti sekolah bermula dari 18 hingga 21 Disember 2023 (9.00 pagi hingga 5.00 petang).

Para peserta yang berminat untuk mengikuti program cuti sekolah berkaitan ilmu STEM ini boleh mengimbas kod QR pada poster program yang berkaitan untuk pendaftaran. Klik pautan berikut untuk mendapatkan info lanjut berkaitan senarai program yang akan dianjurkan.

Klik Untuk Pendaftaran – Senarai Program Cuti Sekolah P3K

Daftar segera kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272439/2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Creative Novice Coder

Calling All Aspiring Game Developers, Young Innovators and Programming Enthusiasts

Step into the world of novice programming and let your imagination soar as you create captivating games that bring joy and excitement to players of all ages. This program is your chance to showcase your talent and make your mark in the game development industry. Whether you’re a beginner or an experienced programmer, this program will make it easy for anyone to get started and build amazing games.

ย 

GRAB THIS CHANCE TO SHOWCASE YOUR TALENT AND MAKE YOUR MARK IN THE GAME DEVELOPMENT INDUSTRY!

๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™‚๐Ÿ™‹๐Ÿปย WHO SHOULD PARTICIPATE IN THIS PROGRAM?

โœ…ย Secondary school students (13 to 16 years old)

โœ…ย Enthusiatists with the idea of develop their own game

ย 

The stage is set, and the spotlight is on you. Let’s revolutionize the world of game development together! Are you up for the challenge? GET READY TO CODE, CREATE, AND CONQUER!ย ๐ŸŒŸ๐ŸŽฎ๐Ÿš€

ย 

Register now and be part of the final competition of the Creative Novice Coder Cup which will take place in January 2024!

For more details, you can refer to our website:ย https://www.ukm.my/pkas/creativenovicecoder

For further inquiries, please refer to the program secretariat:

ย 

๐Ÿ“ฒย +6013-4231635/+6011-53645112 (WhatsApp)

Persidangan Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina (PeKA) 2023

Terma dan syarat

  1. Program cuti sekolah ini (โ€œProgramโ€) dianjur oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (โ€œPenganjurโ€) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia mengikut had-had umur yang ditetapkan (“Peserta”).
  2. Dengan menyertai program ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma-terma, syarat-syarat dan notis privasi yang dinyatakan di sini.
  3. Peserta bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Program.
  4. Peserta bersetuju tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa.
  5. Peserta bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau video-video peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Program ini, peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan video/sebarang muatan yang mereka telah sertakan untuk Program ini. Peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
  6. Penganjur menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Program ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Program ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
  7. Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Program. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.
  8. Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Program ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Program tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.
  9. Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Program ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahihan peruntukan yang lain).
  10. Terma dan syarat yang ditetapkan untuk Program ini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.