Pelajar Tahun 3 / Pasca Siswazah / Ahli Akademik & Kakitangan UKM boleh membuat
tempahan dengan menggunakan nombor patron ID PATMA (di
belakang kad matrik). Contoh : 0033333
PELAJAR TAHUN 1 & 2
Dibenarkan membuat rujukan di Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu
pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Tiada caj rujukan dikenakan.
Dibenarkan menggunakan Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu sebagai
ahli rujukan sahaja. Pelajar Tahun 1 & 2 tidak dibenarkan membuat
tempahan buku kerana bukan ahli perpustakaan.
PEMBAHARUAN PINJAMAN
Pelanggan perpustakaan dibenarkan membuat pembaharuan pinjaman
sebanyak 3 kali sahaja. Pembaharuan juga boleh dilakukan sendiri
oleh pelanggan melalui GEMILANG dengan memasukkan Patron ID
dan Password masing-masing. Pembaharuan hendakalah dilakukan
sehari sebelum tarikh akhir pinjaman bahan.
Sekiranya mempunyai sebarang
masalah ketika melakukannya, pelanggan boleh merujuk kepada kakitangan bertugas
di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan, Aras 2 dan Aras 3.
http://pkukmweb.ukm.my/~patma/ Perpustakaan
Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600
Bangi, Selangor DE, Malaysia 603-8921 3108 / 5132/ 3149 (TEL) 603-8921
5958 (FAKS)