Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi berusaha mempelopori penyelidikan dalam bidang-bidang tujahan yang terpilih dan menawarkan pogram pengajian lanjutan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Program pengajian siswazah ini ditawarkan melalui  tesis. Program menawarkan penyelidikan dalam bidang:

Bidang Tujahan

Pengimejan Diagnostik

  • Dosimetri
  • Pengimejan resonans magnet kefungsian
  • Pengimejan payudara
  • Pengimejan forensik
  • Pengimejan neurosains
  • Pengimejan kardiak
  • Pendidikan pengimejan perubatan

Radioterapi

  • Dosimetri
  • Kesan radioterapi
  • Refleksi emosi dan kesakitan bagi pesakit brakiterapi
  • Radioterapi dengan berpandukan imej – ultrabunyi, CBCT
  • Perancangan rawatan radioterapi dengan modulasi keamatan (IMRT)
  • Pergerakan organ dalaman bagi pesakit kanser serviks
  • Pengoptimuman dos dedahan menggunakan IMRT
  • Kualiti hidup pesakit selepas rawatan brakiterapi