Penyataan Kualiti
Wawasan
Menjadi jabatan yang mantap dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat Universiti.
Misi
Menyediakan perkhidmatan yang sistematik dan telus melalui tadbir urus terbaik untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
Dasar Kualiti
Dasar Kualiti Jabatan Pendaftar ialah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan membuat penambahbaikan secara berterusan dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan pengurusan perkhidmatan am untuk memenuhi kepuasan dan jangkaan pelanggan.
Objektif
Objektif Jabatan Pendaftar ialah:
* merancang dan mengurus pengambilan dan pelantikan staf yang memenuhi keperluan sumber manusia.
* merancang dan menguruskan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan berkesan.
* menyediakan program pembangunan kerjaya bagi meningkatkan kompetensi staf.
* menyediakan kemudahan perkhidmatan am untuk mewujudkan dan menyokong persekitaran organisasi yang kondusif.
* menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan untuk menjamin ketenteraman dan keselamatan warga dan harta benda.
Fungsi
Bertanggungjawab dalam perancangan, pengurusan, pembangunan dan pemantauan sumber manusia dan kemudahan perkhidmatan am.
Moto
Moto Jabatan Pendaftar ialah “Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”.

