INFO INTEGRITI SIRI 4/2020: ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac – 31 Mac 2020 di UKM)

Semua Warga

Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg.Prof./ Prof. Ulung /Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

INFO INTEGRITI SIRI 4/2020:  ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac – 31 Mac 2020 di UKM)

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas dan emel Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar bertarikh 23 Mac 2020 mengenai Garis Panduan Bekerja Dari Rumah (Work From Home) Sebagai Langkah Pencegahan Penularan Wabak Pandemik Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia juga adalah berkaitan.

Sehubungan itu, lanjutan daripada hebahan mengenai garis panduan tersebut, bersama-sama ini dilampirkan Info Integriti Siri 4/2020: Arahan Bekerja Dari Rumah (Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac – 31 Mac 2020 di UKM) seperti poster di bawah untuk perhatian dan panduan YBhg.Prof./ Prof. Ulung /Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan.

Kerjasama dan perhatian YBhg.Prof./ Prof. Ulung /Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.