Konvensyen Inovasi & Kreativiti (Kumpulan Inovatif & Kreatif Kali Ke-24 Dan Lean@UKM Kali Ke-2)

Tarikh: 12 Mac 2020 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi  hingga 5.00 petang

Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah, UKM

 

Pengenalan

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangkan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui,

 

Lean@UKM

Lean merujuk kepada koleksi prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang memberi tumpuan kepada mengenal pasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (pembaziran) kepada pelanggan dalam mana-mana proses. Matlamat utama Lean adalah untuk menghapuskan pembaziran dan mengoptimumkan sumber dalam organisasi serta dapat memberikan nilai tambah kepada pelanggan.

 

Objektif Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Dan Lean@UKM

  • Menekankan konsep pengurusan secara penyertaan dan menerapkan konsep "knowledge based" dan "creativity -driven" bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan;
  • Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif;
  • Sebagai medium pengiktirafan dan penghargaan kepada kepada Warga UKM untuk mempersembahkan hasil inovasi dan kreativti yang telah di usahakan;
  • Potensi baharu dalam mengetengahkan satu lagi projek inovasi yang dijalankan di UKM melalui Pengurusan Kejat atau Lean@UKM;
  • Sebagai wadah untuk memilih Kumpulan KIK dan Lean yang akan mewakili UKM ke konvensyen peringkat lebih tinggi seperti di MPC dan universiti awam;
  • Motivasi pekerja, memupuk semangat berpasukan dan cetusan idea pemegang proses untuk meningkatkan pesekitaran kerja.

Sebanyak 14 kumpulan KIK dan 7 kumpulan Lean@UKM, dan buat pertama kalinya dalam penganjuran Konvensyen Lean@UKM kali ke 2 telah menerima penyertaan daripada 4 kumpulan IPT Luar.

Penganjuran Konvensyen Inovasi dan Kreativiti pada tahun ini juga merupakan penganjuran skala besar dengan melibatkan 3 tempat pembentangan serta penglibatan langsung seramai 166 orang Warga UKM dan IPT Luar daripada 21 kumpulan.Malahan terdapat juga kumpulan-kumpulan baharu daripada beberapa buah fakulti/institut di UKM yang kali pertama menyertai konvensyen ini seperti FST,FEP dan FPER. TIdak ketinggalan juga kumpulan-kumpulan lazim seperti HCTM,Perpustakaan,UMBI dan Jabatan Bendahari Kampus KL.