Penyataan Kualiti

Wawasan | Menjadi jabatan yang mantap dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat Universiti.

Misi | Menyediakan perkhidmatan yang sistematik dan telus melalui tadbir urus terbaik untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Dasar Kualiti | Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan membuat penambahbaikan secara berterusan dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan pengurusan perkhidmatan am untuk memenuhi kepuasan dan jangkaan pelanggan.

Objektif |

  1. Merancang dan mengurus pengambilan dan pelantikan staf yang memenuhi keperluan sumber manusia;
  2. Merancang dan menguruskan perkhidmatan sumber manusia yang cekap dan berkesan;
  3. Menyediakan program pembangunan kerjaya bagi meningkatkan kompetensi staf;
  4. Menyediakan kemudahan perkhidmatan am untuk mewujudkan dan menyokong persekitaran organisasi yang kondusif; dan
  5. Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan untuk menjamin ketenteraman dan keselamatan warga dan harta benda.

Fungsi | Bertanggungjawab dalam perancangan, pengurusan, pembangunan dan pemantauan sumber manusia dan kemudahan perkhidmatan am.

Moto | “Optimumkan Sumber, Maksimumkan Produktiviti”.