Sesi Konsultansi Berkaitan Pengurusan Rekod Utama Universiti Antara UKM dan Jabatan Arkib Negara Malaysia (JANM)

Satu sesi konsultansi berkaitan pengurusan rekod utama universiti telah diadakan pada 18 Jun 2020 (Khamis) bersama Jabatan Arkib Negara Malaysia. Sesi ini diadakan bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pengendalian rekod-rekod utama universiti untuk ke arah rekod digital dan mengekalkan keadaan fizikal yang sempurna. Sesi ini telah dipengerusikan sendiri oleh YBrs. Dr. Hjh Ina Md Yasin, Pendaftar UKM.