SYARAT PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN

Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta227/Akta239)
PROSEDUR PERMOHONAN

1. Permohonan persaraan pilihan hendaklah menggunakan borang PERMOHONAN PERSARAAN PILIHAN UKM-SPKP-JP-PK08-BO02 (Borang boleh didapati di Laman web Jabatan Pendaftar) Borang tersebut hendaklah dilampirkan bersama dengan borang berikut :

i. Borang Maklumat Bakal Pesara
ii. Borang Maklum Balas Kakitangan Bersara Pilihan
iii.Borang Pengisytiharan Harta
iv. Borang Permohonan Kad Pesara UKM

2. Permohonan Persaraan pilihan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar sekurang-kurangnya sembilan (9) bulan dari tarikh persaraan

3. Borang permohonan yang lengkap berserta dengan dokumen/maklumat (yang diperlukan) hendaklah dihantar ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

SYARAT PERMOHONAN :

i. Lantikan jawatan tetap
ii. Telah disahkan dalam jawatan
iii. Telah diluluskan Pemberian Taraf Pekerja Berpencen (PTB)
iv. Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun dan ke atas dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang 10 tahun
v. Tiada ikatan kontrak dengan UKM / Agensi lain
vi. Membuat pengesahan pemilikan harta
vii. Melepasi Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM-bagi Gred 29 dan ke atas)
viii.Bebas dari tindakan Tatatertib dan Mahkamah
ix. Disokong oleh Dekan/Pengarah/Ketua Jabatan

* Pemakluman Pencen bulanan akan dibayar apabila:-
• Jika seorang pegawai dilantik sebelum 12.4.1991, bila mencapai umur 45 tahun bagi:

  • Pegawai perempuan, pegawai perkhidmatan bomba berpangkat rendah, pegawai polis berpangkat rendah, pegawai penjara berpangkat rendah dan jururawat lelaki di hospital mental.
  • Pada umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain di atas yang dilantik sebelum12.4.1991.
  •  Bagi pegawai lelaki/perempuan dilantik mulai/selepas 12.4.1991, pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun. (Akta 227/Akta 229 Pindaan 2011).