Penerbit UKM adalah gabungan daripada Pusat Teknologi Pendidikan (PTP) dan Pejabat Penerbit pada tahun 1988. Dalam penstrukturan semula pada 1 November 2009, PTP ditukar nama kepada Penerbit UKM dan kekal sehingga kini. Penerbit UKM diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi). Penerbit UKM bertanggungjawab menerbitkan karya ilmiah dengan mengutamakan penerbitan buku dan jurnal dalam bahasa Melayu. Karya dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu juga dipertimbangkan.