Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Pendekatan Keboleharapan Penilaian Hayat Lesu

Penilaian keboleharapan kitaran hayat lesu adalah sesuatu yang makin berkembang di Malaysia. Kini, terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan untuk menilai kerosakan lesu dan keboleharapan struktur dalam bidang kejuruteraan. Antara yang biasa digunakan adalah kaedah berketentuan dalam penilaian kitaran hayat lesu terutamanya melalui kaedah tidak berketentuan ataupun kaedah stokastik dalam industri automotif. Hasil yang diperoleh dalam buku ini bertujuan untuk membincangkan analisis hayat lesu secara lebih jelas melalui kedua-dua kaedah berketentuan dan tidak berketentuan. Adalah penting untuk menjelaskan perincian elemen yang wujud dalam kedua-dua kedah ini diguna pakai dalam penilaian keboleharapan kitaran hayat lesu. Di samping itu, rentetan kegagalan bagi komponen automotif perlu dinyatakan dengan jelas supaya pendekatan yang seusai dapat digunakan dalam penilaian keboleharapan struktur. Perkembangan ilmu yang dapat ditentukan dalam buku ini ditonjolkan menerusi penentusahan secara analisis statistic dengan menggunakan kolerasi dan regrasi bagi menentukan ketepatan dan kejituan untuk penilaian yang telah dilakukan.