Penerbit UKM

 Inspirasi Ilmu Tersohor

Pemprosesan Imej Digital untuk Analisis Penyakit Mata Berkomputer

Buku ini adalah satu perkongsian ilmu yang diperoleh melalui dapatan kajian-kajian yang berkaitan dengan penyakit mata dalam dan luar mata seperti pterigium, glaukoma, keratokonus dan retinopati diabetik (DR) menggunakan teknik pemprosesan imej digital. Ini merupakan selangkah usaha dalam membangunkan sistem analisis penyakit mata berkomputer bagi memenuhi pelan kesihatan untuk individu sejajar dengan Wawasan Kesihatan Malaysia. Isu kandungan buku ini merangkumi perbincangan mengenai pengesahan anomali salur darah retina, pengukuran kekerintingan salur darah manusia bagi penyakit DR, pengiraan nisbah cangkir-ke-cakera mata untuk saringan awal glaukoma, pengesanan tisu fibrovaskular untuk mengesan pterigium dan pengesan kecembungan bagi penyakit karatokonus. Adalah menjadi satu kemestian dam penting bagi setiap individu mengambil berat mengenai kesihatan mata.