| Penerbit UKM   | 
 Jurnal / Journals

JURNAL EKONOMI MALAYSIA 44 (Disember 2010)

Analisis Hubungan Pembangunan Industri Pelancongan dan Pertumbuhan Ekonomi:
Perbandingan Pasaran Antarabangsa

(An Analysis on the Relationship of Tourism Industry Development and Economic Growth:
A Comparison of International Markets)

Redzuan Othman
Norlida Hanim Mohd Salleh
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Pada peringkat awal, pembangunan industri pelancongan adalah tertumpu di Eropah dan Amerika Utara. Dengan sejarah keterlibatan yang lama dalam sektor ini, menyebabkan kawasan ini menjadi pasaran pelancongan yang kukuh dan terkenal di peringkat global pada hari ini. Sumbangan sektor pelancongan kepada negara ini telah
merangsang negara baru khususnya negara membangun untuk turut memajukan industri pelancongan. Ini menjadikan industri pelancongan semakin berkembang dalam tempoh dua dekad yang lalu dan muncul sebagai antara industri yang penting dan penyumbang utama kepada ekonomi negara membangun, terutama dari segi pendapatan eksport. Kajian ini cuba mengenalpasti faktor penentu kepada perkembangan industri pelancongan dan pertumbuhan
ekonomi. Kajian ini juga cuba menentukan kewujudan dan arah hubungan jangka panjang antara industri pelancongan dengan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini melibatkan lapan negara, iaitu empat negara maju (iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol) dan empat negara lagi dari pasaran baru (iaitu China,
Hong Kong, Malaysia dan Singapura). Persoalan ini diuji menggunakan analisis kointegrasi dan ujian penyebab
Granger. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan satu hala antara perkembangan industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi. Bagi negara United Kingdom, Itali, Hong Kong dan Singapura perkembangan industri pelancongan didapati mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, sementara bagi negara Amerika Syarikat, Sepanyol, Malaysia dan China pertumbuhan ekonomi yang merangsang perkembangan industri pelancongan.

Kata kunci: industri pelancongan; pertumbuhan ekonomi; pasaran antarabangsa; kointegrasi; ujian penyebab
Granger

ABSTRACT
The early development of tourism industry was mostly originated from the European and the Northern American countries. Due to their long history in tourism industry, these countries are now known as the most established tourist destinations globally. The significant contributions of tourism industry to the economy have stimulated new countries, especially developing economies to participate in developing their tourism industry. In the last two decades, tourism
had emerged as one of the key industries and major contributor to the economies of developing countries, especially in terms of export earnings. This study attempts to identify factors affecting the development of tourism industry and economic growth. It also tries to determine the existence and direction of long run relationship between tourism development and economic growth. The study involved eight countries, four from developed countries (the United
Kingdom, United States, Italy and Spain) and another four from the emerging markets (China, Hong Kong, Malaysia and Singapore). The research questions are tested using cointegration method and the Granger causality test. The study found that one-way relationship existed between tourism development and economic growth. For the United Kingdom, Italy, Hong Kong and Singapore, the growth of the tourism industry contributes towards economic growth, while for the United States, Spain, Malaysia and China, the growth of the economy is the leading factor to tourism development.

Keywords: tourism industry; economic growth; international markets; cointegration; Granger causality test