Pembangunan & Kesejahteraan Agenda Kemanusiaan Pada Abad Ke-21 (cet. 3)

Sejak 50 tahun lebih ini, persoalan kemunduran dan pembangunan telah menjadi tema utama dalam pendebatan ideologi dan teori serta menjadi keperluan dasar di negara-negara yang baharu merdeka. Dalam bidang pengajian pembangunan terdapat pertentangan tajam di antara pelbagai aliran pemikiran, khususnya di antara teori modenisasi dan neoliberalisme di satu pihak dengan pelbagai aliran neo-Marxisme, serta teori statist atau neo-statist di pihak lain. Dari segi pengalaman pembangunan pula, sementara negara-negara Afrika Sub-Sahara dan beberapa buah negara Amerika Latin dan Asia Selatan terus ketinggalan, kejayaan Asia Timur dan Asia Tenggara telah mencetuskan optisme, serta menjadi landasan bagi pembinaan teori dan pilihan dasar yang baharu yang kesemuanya berkisar pada peranan negara dalam pembangunan.