| Menu Utama | Buku & Monograf | Sains Hayat | Buku Terbaru | Indeks Pengarang | Kepelbagaian Biologi Biakbaka Tumbuhan dan Bioteknologi Implikasi kepada Dunia Selatan. ISBN 967-942- 280-1. Zakri A. Hamid
Abstrak
Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesies dan ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khazanah ini seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi yang akan datang. Imperatif ini lebih ketara kini kerana kepalbagaian biologi sedang menuju ke tahap kemerosotan, kalau tidak pun pempupusan spesies, yang sebahagian besarnya belum dikenal pasti oleh sains. Laporan mutakhir menyebut sebanyak 1.7 juta spesies telah diberikan deskripsi, tetapi anggaran jumlah sebenar bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini berbeza-beza di antara 5 hingga 100 juta. Penaksiran tentang aras kepelbagaian genetik spesies-spesies tropika masih di peringkat preliminer. Lebih daripada 90% spesies hidup di kawasan hutan tropika lembab yang luasnya hanyalah 7% daripada jumlah permukaan dunia. Punca-punca yang menyebabkan kadar kepelbagaian biologi di kawasan ini tinggi belum lagi disingkap sepenuhnya. Malaysia dianggarkan mengandungi lebih kurang 10% kepelbagaian spesies flora dan 6.5% spesies fauna dan dikelaskan sebagai salah satu daripada kawasan megakepelbagaian dunia. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah bioteknologi seperti penyelamat embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi genetik yang terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel. Kepelbagaian biologi juga adalah sumber kepada keperluan asas manusia seperti bahan binaan dan pakaian, makanan dan ubat-ubatan. Biakbaka tumbuhan adalah satu disiplin tradisional dan moden yang menggunakan unsur-unsur bioteknologi untuk menghasilkan varieti, berhasil tinggi dan yang mempunyai daya adaptasi yang luas. Bioteknologi moden yang meluputi teknik-teknik dari kultur tisu ke kejuruteraan genetik boleh memberi sumbangan dalam usaha mempertingkatkan taraf sosioekonomi penduduk negara-negara Selatan. Tahap kemahiran dalam bioteknologi di kalangan negara-negara Selatan amat berbeza, ada yang maju dan ada yang masih terkebelakang. Walau bagaimanapun semua negara wajar turut serta kerana potensinya lumayan. Pada masa ini kemajuan bidang bioteknologi masih dikuasai oleh negara-negara Utara. Industri bioteknologi yang berasaskan kepelbagaian biologi boleh membawa pulangan yang berjuta ringgit kepada bidang pertanian dan farmaseutik. Oleh kerana kepelbagaianbiologi itu banyak terletak di negara-negara Selatan, pampasan yang sewajarnya haruslah diberikan kepada negara-negara ini oleh pihak-pihak yang meraih untung daripada kekayaan semulajadinya.Abstract
Biological diversity, expressed as the diversity found in genes, species and ecosystems, can rightly be regarded as the natural heritage of every sovereign state. This valuable resource must be conserved for the benefit of present and future generations. This imperative is more compelling now in view of the rapid loss, if not extinction of spesies, the majority of which is still not known to science. The latest report stated that up to 1.7 million species had been described out of an estimated 5-100 million species existing on earth. Research on the level of genetic variation among tropical species is even more preliminary. More than 90% of living species are found in the humid tropics which make up a mere 7% of the earth’s surface. Causes for this high incidence of diversity are still not fully understood. Malaysia is estimated to harbour 10% of the world’s floral diversity and 6.5% of its fauna. The country is classified as one of the remaining megadiversity regions of the globe. Conservation of biological diversity may be facilitated in some ways through several techniques of biotechnology such as embryo rescue, protoplast fusion, cryopreservation and DNA libraries. Gel electrophonesis and RFLP can assist in the measurement of genetic variation. Biological diversity is the source of some of the basic needs of mankind such as shelter, clothing, food and medicine. Plant breeding supplemented by biotechnology techniques like tissue culture and genetic engineering, can help alleviate the socio-economic status in countries of the South. Irrespective of the level of biotechnology capabilities in these countries, each of them should strive to participate in this activity as the potentials are enormous. Presently advances in biotechnology are still dominated by countries of the North. Biotechnology utilising biological diversity have potentials to spawn multi-million dollar industries in the agricultural and pharmaceutical sectors. Since the bulk of the biological diversity is found in the South, it is only fair that these countries be fairly compensated by the industries that profit from it.