Menu Utama . Menu . Buku dan Monograf

Jangkitan Cacing dan Kesihatan Kanak-kanak di Malaysia
ISBN 967-942- 365-4 RM15.00
Pakeer Oothuman Syed Ahamed

Abstract
Infection with Ascaris lumbricoides, Trichuris trichiura, hookworm, Strongyloides stercoralis (soil-transmitted helminths - STH) and Enterobius vermicularis is widely prevalent in developing countries and a serious health problem in poorer nations where children are the most often infected with one more of these worms. The problem is related to low socio-economic conditions, inadequate personal hygiene and contaminated enviroment. Infections with these worms can be fatal (due to intestinal blockage), can cause anemia, diarrhoea, rectal prolapse, mulnutrition; and affect cognitive abilities of young children. In Malaysia the infection is prevalent in rural areas and in people living in underdeveloped areas. We conducted several sudies between 1980-1995 to delineate the dynamics of STH and Enterobius transmission, particularly in primary school children from the districts of Kelang and Sepang in Selangor. To establish the pattern of infection in various geographic areas, we examined 3231 primary school children and found that the prevalence of STH infections was high in traditional Malay villages and estates, but low in suburban areas and in Pulau Ketam. Generally the prevalence was high in Indian children (63.9%), followed by Malay children (50.8%) but low in Chinese (10.9%). Hookworm infection was low throughout, but still higher in Indian and Malay children. However, the prevalence of Enterobius infection was uniformly high in children from the three ethinicity (40-50%). Although the prevalence of this worm infections was high among 6-10 year olds, the prevalence of this worm infections was high among 6-10 year olds, the prevalence was low in adolescents and older people (1-9.0%). The similarities and differences are probably related to eating habits, personal cleanliness and knowledge about health. Research was also done to study the reinfection pattern of STH and Enterrobius after treatment among primary school children from the above geographic areas. Results showed that reinfection with Ascaris and Trichuris occurred rapidly in estate and village children, and reached half the original prevalence in about a year. However, the reinfection in children from Chinese schools from suburban area and Pulau Ketam was low. However reinfection with Enterobius occurred rapidly in all children from all areas. Subswquently a study was done to see the combined effect of an intervention programme, namely treatment and health education, in the reinfection with Enterobius. In all, children from 18 schools (Kebangsaan-K; Chinese-C; and Tamil-T) from the district of Sepang were divided into four groups in order to administer three types of intervention programme (treatment-Rx; health education-Ed); combined-RxEd.). Overall there was reduction in the prevalence of Enterobius infections in all the school children and, the initial prevalence of 39.6 - 47.8% dropped to 9.5 - 19.8% in 1 1/2 years. When data from all similar groups (Rx or Ed or RxEd) were combined there was no significant difference seen in the reinfection rate due to type of intervention programme. However when Kebangsaan and Chinese schools were analyzed separately there was significant difference (no significant drop in reinfection rate seen in Tamil schools). Reinfection was lowest in children given both treatment and health education materials, followed by those who received treatment and finally those receiving education materials alone. There was no significant difference among the latter two groups. Results show that treatment alone will not have significant effect in the reduction of Enterobius prevalence. A study on the increase in knowledge of children exposed to exhibits and displays showed no significant difference in the 7-8 year olds, but show some increase in knowledge in 10-12 year olds. In the control of infectious diseases, often the most difficult to alter is the laissez-faire attitude of peiple towards preventive health. Thus any preventive effort undertaken must be able to attract attention. Only adoption of synergistic and multipronged steps such as treatment, health education and environmental sanitation can help decrease the prevalence of parasitic diseases. In this effort, mothers, older citizens, professional and philanthropic organizations and peer-groups must contribute to produce a new generation of children who are healthwise.

Abstrak
Jangkitan Ascaris lumbricoides, Trichuris trichiura, cacing kait, Strongyloides stercoralis (cacing tularan tanah-CTT) dan Enterobius vermicularis prevalen di hamir keseluruhan negara- negara miskin. Golongan yang sering terinfeksi adalah kanak-kanak. Keadaan ini disebabkan oleh taraf rendah sosio-ekonomi dan kekurangan penjagaan kebersihan diri, dan sekitaran yang buruk. Di Malaysia masyarakat yang sering dijangkiti tinggal di kawasan luar bandar dan umumnya mereka yang jauh dari kawasan pembangunan. Jangkitan CTT boleh menyebabkan kematian (akibat sumbatan usus), anemia kekurangan zat besi, diarea, prolaps rektum, malnutrisi, kekekehan dan gangguan fungsi kognitif. Beberapa kajian telah dilakukan di antara 1980 dan 1995 untuk lebih memahami dinamis jangkitan cacing, terutamanya pada kanak-kanak sekolah rendah di Daerah Klang dan Sepang, Selangor. Kajian pada 3231 kanak-kanak sekolah rendah, menurut tempat, menunjukkan bahawa prevalens jangkitan kesemua cacing usus adalah tinggi di kawasan perkampungan dan estet tetapi rendah di pinggiran bandar, wad hospital dan kawasan setinggan. Umumnya prevalens CTT adalah lebih tinggi pada kanak-kanak India (63.9%), diikuti oleh kanak-kanak Melayu (50.8%) tetapi rendah pada kanak-kanak Cina (10.9%). Walau bagaimanapun gambaran prevalens berubah untuk jangkitan Enterobius di mana prevalens tinggi (40-50%) pada kesemua kaum. Walaupun prevalens Enterobius tinggi pada kanak-kanak berumur 6-10 tahun, ia rendah pada remaja dan yang lebih tua (1-9%). Perbezaan dan persamaan pada kumpulan-kumpulan ini mungkin ada kaitan dengan cara makan, penjagaan kesihatan diri dan pengetahuan mengenai kesihatan. Kajian untuk mengesan kadar jangkitan semula oleh CTT dan Enterobius pada subjek dari sekolah rendah di empat kawasan (perkampungan, estet, pinggiran bandar dan pulau) selepas mereka dirawat 2 kali telah juga dilakukan. Infeksi semula oleh Ascaris dan Trichuris meningkat secara berperingkat dengan nyata di estet (kanak-kanak India) dan perkampungan (kanak-kanak Melayu), dan peningkatan ini sampai ke separuh tahap prevalens asal dalam masa 1 tahun. Di sebaliknya prevalens pada akhir kajian didapati infeksi semula tidak meningkat pada kanak-kanak Cina. Walau bagaimanapun jangkitan semula Enterobius di semua kawasan (kanak-kanak ke-tiga kaum) berlaku dengan cepat iaitu dalam masa 6 bulan, dan dalam masa 4 bulan pada kanak-kanak Cina di Pulau Ketam. Berikutnya satu kajian telah dilakukan untuk menguji kesan program intervensi sepadu terhadap infeksi semula Enterobius, kerana kawalan infeksi diangap sukar. Tindakan kawalan yang telah dipilih adalah rawatan sahaja (Rx), pengedaran bahan pendidikan sahaja (Ed), ataupun kedua-duanya (RxEd). Murid-murid dari 18 sekolah (Kebangsaan-K, Cina-C dan Tamil-T) telah dibahagi kepada 4 kumpulan selepas mengesan kadar prevalens pada mereka (39.47.8%). Pada akhir program tindakan intervensi kawalan, iaitu setelah 1 1/2 tahun, kadar prevalens menurun di kesemua sekolah ke 9.5-19.8%. Data gabungan daripada semua aliran sekolah menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara ke-tiga kumpulan. Tetapi apabila kanak-kanak dari sekolah K dan C dianalisa berasingan, kesan perubahan dalam infeksi semula dilihat (kesan tindakan tidak dapat dilihat pada subjek dari sekolah Tamil). Kadar infeksi semula adalah paling rendah pada mereka yang menerima Rx bersama Ed diikuti oleh mereka yang menerima Rx sahaja. Penurunan infeksi semula antara mereka yang menerima Rx sahaja atau Ed sahaja tidak signifikan. Hasil menunjukkan bahawa hanya satu intervensi iaitu rawatan massa atau pendidikan kesihatan tidak akan membawa penurunan prevalens yang cepat dan berkekalan. Hasil kajian menunjukkan kesan pendedahan kepada pameran tidak meningkatkan kefahaman yang signifikan pada murid-murid berumur 7-8 tahun, tetapi mempunyai kesan ke atas murid-murid 10-12 tahun. Dalam usaha kawalan penyakti berjangkit, yang paling sukar untuk diubah adalah sikap acuh-tak acuh manusia terhadap pencegahan penyakit. Oleh itu bahan pendidikan kesihatan yang disediakan haruslah mampu menarik perhatian. Tindakan sinergistik multicara iaitu, rawatan massa, pendidikan kesihatan, dan pembaikan sekitaran haruslah menjadi kemestian untuk mencapai sebarang kesan jangkamasa panjang untuk mengawal penyakit berjangkit. Dalam usaha ini kaum ibu, warga tua, badan-badan profesional dan sukarela, dan rakan sebaya harus berkongsi maklumat dan tenaga untuk membantu membina satu generasi cerdik-sihat.