| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Sains Hayat | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
.. Prinsip Penilaian  Sensori.  2000. Penerbit UKM: Bangi. ISBN  967-942-513-5. RM 20.00.  AMINAH ABDULLAH

Konsep penilaian sensori berkait rapat dengan tindak balas manusia, kerana kaedah ujian sensori lazimnya  dilakukan dengan menggunakan lima pancaindera, iaitu mata, lidah, hidung, telinga dan kulit.  Oleh itu adalah wajar pendekatan penilaian sensori digunakan sebagai alat untuk menentukan ciri-ciri produk dan penerimaan pengguna.  Sejak kebelakangan ini teknik penilaian sensori digunakan untuk menilai perkembangan produk dalam industri makanan.  Menurut Institut Teknologi Makanan Amerika Syarikat, penilaian sensori adalah satu disiplin sains yang digunakan untuk merangsang, mengukur, menganalisis dan menginterpretasi tindak balas ciri-ciri makanan dan bahan-bahan apabila dinilai  oleh deria lihat, bau,rasa, sentuh dan dengar.  Penilaian sensori juga meliputi analisis dan interpretasi respons oleh pakar sensori yang menghubungkan antara dunia dalaman perkembangan hasil produk dan pemasaran.

AMINAH ABDULLAH, Ph. D., adalah seorang Profesor juga Ketua Program Sains Makanan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi.  Beliau juga adalah Ketua Bidang Sains Hayat, Sains Malaysiana.  Sebuah lagi karya beliau yang diterbitkan oleh Penerbit UKM yang Prinsip Penilaian Sensori (2000).



281100