.. |
Pondok
dan Madrasah di Patani. 2001. Penerbit UKM:
Bangi. ISBN 967-942-527-4 (paperback). RM 35.00. Hasan Madmarn
Patani yang merupakan salah sebuah
wilayah sempadan selatan Thailand pernah menjadi sebuah pusat tamadun Islam
dalam dunia masyarakat Melayu Islam. Patani masih mengekalkan suasana dan
institusi budaya dan agamanya yang unggul. Bandar yang telah lama diketahui
dengan penduduknya yang mashyur dan Tok Gurunya yang berpengetahuan tinggi
berjaya menarik ramai orang Islam yang tinggal di sekitar keempat-empat
wilayah selatan. Antara pondok Patani yang terkenal pada zaman kegemilangannya
ialah Pondok Bermin, Pondok Dala, Pondok Haji Dagae , Pondok Babayah, Pondok
Semala dan Pondok Manggu. Pondok yang selama ini menjadi pusat pendidikan
Islam tradisional untuk masyarakat Islam di Thailand tiba-tiba menjadi
tumpuan pihak kerajaan Thai pada tiga dekad yang lalu. Semasa proses pembaharuan
dalam bidang pendidikan itu, institusi Pondok akhirnya ditukarkan menjadi
Sekolah Agama Rakyat setelah ia ia dijadikan madrasah itu. Pada ketika
itu juga pihak kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan
bahasa dan budaya Thai ke dalam sekolah tersebut. Hasilnya, para pelajar
sekolah Agama Rakyat kini menguasai tiga buah bahasa sekaligus, iaitu bahasa
bahasa Melayu dan bahasa Arab. |