| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Umum| Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
..

Buku ini dilancarkan 
bersempena
Majlis Makan Malam Meraikan Peserta 
International Conference on Bajau/ Sama Communities 2004 oleh Yang Berhormat
Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said Keruak
Presiden PSBB pada 21 Julai 2004, di Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu

Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara  1999.  ISBN 967-942-533-9.  123 hlm. RM20.00.  Nik Anuar Nik Mahmud

Penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat diterima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada wilayahnya. Penyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Sabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan Sulu semenjak sebelum Perang Dunia Kedua. Pada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia yang termasuk Borneo Utara. Kerajaan Filipina di bawa kepimpinan Macapagal mempersoalkan kesahihan hak milik British ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962. Malah pada Oktober dan November 1962 Macapagal membawa kes tuntutan ini ke PBB dan kemudian berbaik dengan Soekarno serta Azahari (pemimpin parti rakyat Brunei) untuk menentang pembentukan Malaysia. Satu Sidang Kemuncak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963 oleh Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal untuk menyelesaikan pertikian tentang pembentukan Malaysia dan kes Borneo Utara. Kerajaan Filipina dan Indonesia bersetuju untuk menyokong pembentukan Malaysia sekiranya terbukti mendapat sokongan penduduk terbabit dan disahkan oleh PBB. Persetujuan dicapai pada 9 Julai 1963 antara kerajaan British dan Tanah Melayu tentang penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walaupun hubungan Malaysia dengan Filipina telah pulih tetapi Kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.

NIK ANUAR NIK MAHMUD, Ph D., Profesor Madya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM. Konfrontasi Malaysia-Indonesia (2000) dan Sejarah Perjuangan Melayu Patani (1999) juga diterbitkan oleh Penerbit UKM.



080601