| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Geografi | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
.. Prinsip Asas Persekitaran Manusia.  2002. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-566-5 (paperback).  336 hlm. RM 40.00.  Katiman Rostam

Geografi adalah suatu disiplin yang dinamik. Walaupun tema geografi masih berkisar di sekitar ruang dan tempat tetapi isu yang dibincangkan tidak lagi terbatas
kepada persoalan apa, di mana dan bagaimana sahaja. Ahli-ahli geografi manusia tidak hanya mengkaji keunikan fenomena seperti sungai yang terpanjang, gunung
yang tertinggi, tempat yang terlembab, pengeluaran gandum di Kanada, petroleum di Arab Saudi atau pengeluaran barangan kilang di Jerman tetapi juga telah
menerokai isu perubahan penduduk, kemiskinan, teknologi pertanian, pembangunan sumber alam, selain aspek peletakan aktiviti ekonomi pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan. Pendekatan dan teknik pengolahan maklumat juga telah dipermodenkan melalui penggunaan pelbagai kaedah kuantitatif, pemetaan berkomputer
termasuk penerapan Sistem Maklumat Geografi. Beberapa aspek baru dalam geografi dibincangkan dalam buku ini termasuk konsep hubungan manusia dan
persekitarannya; perangkaan penduduk yang terkini; petempatan; pembandaran dan sistem bandar; letakan aktiviti ekonomi khususnya pertanian, perindustrian dan
perkhidmatan. 

KATIMAN ROSTAM, Ph. D. adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini karya beliau dengan Penerbit UKM ialah Dasar dan Strategi Petempatan dalam Pembangunan Negara (2001) dan Konsep
Asas Geografi Manusia (1990). 



090702