| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Umum| Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
 
..

Buku ini dilancarkan 
bersempena
Majlis Makan Malam Meraikan Peserta 
International Conference on Bajau/ Sama Communities 2004 oleh Yang Berhormat
Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Haji Mohd Said Keruak
Presiden PSBB pada 21 Julai 2004, di Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu

Pulau Sipadan dan Ligitan: Isu Sempadan dan Kedaulatan. 2003.  ISBN 967-942-579-7.  216hlm.  RM20.00.  Nik Anuar Nik Mahmud

Isu hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia menjadi kontroversi pada 1969 apabila Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang memasukkan kedua-dua pulau tersebut. Sejak sekian lama kedua-dua pulau ditadbir oleh Malaysia. Pertemuan antara Presiden Soeharto dan Dato Hussein Onn pada 26 Mac 1980 di Kuantan memutuskan untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan, namun usaha tersebut gagal. Selepas rundingan melalui ASEAN juga gagal menyelesaikan pertikaian, pada 2 November 1998 kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 3 Jun 2002 wakil Malaysia dan Indonesia membentang hujah masing-masing mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, The Hague. Keputusan yang dikeluarkan pada 17 Disember 2002 memberi hak kedaulatan terhadap wilayah Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia. Pertikaian selama 33 tahun akhirnya ditamatkan dengan keputusan 16-1 oleh badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 

NIK ANUAR NIK MAHMUD, Ph. D., Profesor Sejarah, juga Pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara (2001), Konfrontasi Malaysia-Indonesia (2000) dan Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 (1999) antara karya beliau yang diterbitkan oleh Penerbit UKM. 



040203