| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Sains Hayat | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
.. Qua Vadis Taksonomi Serangga.  (Syarahan Perdana).  2002.  ISBN  967-942-513-5.  66hlm.  RM15.00.   MOHAMED SALLEH MOHAMED SAID 

Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992, menyaksikan penandatanganan Konvensyen Kepelbagaian Biologi, menyerlahkan kepentingan taksonomi dalam memahami kepelbagaian biologi. Taksonomi adalah sains penerokaan, pemerihalan dan penamaan kepelbagaian biologi. Namun, taksonomi mengalami krisis kerana halangan taksonomi. Kewujudan halangan disebabkan peminggiran taksonomi daripada arus perdana sains gunaan, apabila terdapat penilaian ekonomi. Konvensyen Kepelbagaian Biologi 1996 mengakui kewujudan halangan tersebut dan menerima cadangan untuk pelaksanaan Global Taxonomy Initiative untuk menggugurkannya. Antara lain dicadangkan pembaikan pembangunan keupayaan kepakaran dan infrastruktur. Penubuhan Pusat Sistematik Serangga di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1993, adalah satu langkah proaktif, sejajar dengan cadangan pembangunan keupayaan dalam Global Taxonomy Initiative. Tetapi, dalam senario yang lebih besar, sehubungan dengan pembangunan keupayaan, Malaysia sepatutnya mempunyai sebuah Muzium Sejarah Semula Jadi Malaysia. Sebagai sebuah negara dalam kumpulan megakepelbagaian biologi, keperluan sebuah muzium berkenaan adalah mendesak. Penyelidikan menyemak semula taksonomi kumbang Chrysomelidae Malaysia menyediakan satu contoh betapa banyak yang harus dilakukan mengenai taksonomi serangga khasnya, dan lain-lain fauna amnya. Walaupun hasil penyelidikan Chrysomelidae tersebut telah merekodkan bilangan terkini sebanyak 994 spesies, berbanding rekod terdahulu 611 spesies, masih banyak lagi spesies yang akan diperihalkan. Muzium Sejarah Semula Jadi Malaysia, sebagai institusi yang berasaskan koleksi dan penyelidikan akan berperanan sebagai titik fokus dalam penyelidikan kepelbagaian biologi, termasuk serangga yang merupakan komponen terbesar.



311002