| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
..

Siri Buku Teks: Buku Sains dan Teknologi

 

Teknologi Tenaga Suria.  2002.  ISBN 967-942-590-8. 226hlm. RM25.00.  Mohd Yusof Hj Othman & Kamaruzzaman Sopian.

Tenaga suria adalah salah satu sumber tenaga keterbaharuan yang mula mendapat perhatian masyarakat. 
Kesedaran memelihara alam sekitar dan kebimbangan kekurangan sumber tenaga lazim menyebabkan usaha 
mencari sumber tenaga alternatif aktif dilaksanakan. Namun tenaga suria bukanlah sesuatu yang asing pada 
orang ramai kerana sejak berkurun lamanya tenaga suria digunakan untuk mengeringkan pakaian dan hasil 
pertanian seperti padi, koko, kopi, ikan bilis, ikan kering dan sebagainya. Walau bagaimanapun, cara penggunaannya terdedah kepada pencemaran persekitaran. Kini terdapat sekurang-kurangnya empat teknologi tenaga suria, iaitu pemanasan udara untuk proses pengeringan, pemanasan air untuk menghasilkan air panas, pencahayaan melalui sinaran nampak yang tiba di muka bumi dan penukaran tenaga suria gelombang elektromagnet kepada tenaga elektrik (sistem fotovoltaik).  

MOHD. YUSOF HJ. OTHMAN, Ph. D., Profesor dari Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi juga adalah Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, UKM. Terbitan beliau dengan Penerbit UKM ialah Termodinamik: Konsep Asas, Penyelesaian dan Penggunaan (1992).  

KAMARUZZAMAN SOPIAN, Ph. D., Profesor dari Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan, UKM. 

 

281002