| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Ekonomi dan Pengurusan | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
.. Ekonomi Pembangunan: Isu Sumber Manusia. 2003.  Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-597-5 (paperback). 340 hlm. RM 35.00. Rahmah Ismail (suntingan)

Faktor pertumbuhan ekonomi umumnya dibahagi kepada tiga, iaitu fizikal, kewangan dan sumber manusia. Walau bagaimanapun faktor sumber manusia adalah mekanisme dan penggerak kepada faktor modal fizikal dan kewangan bagi proses pengeluaran. Kepentingan sumber manusia terletak pada sifatnya yang strategik dan kritikal kerana selain menjadi penggerak kepada input lain, manusia boleh dibangunkan dan ditingkatkan kualitinya. Malah kebolehgunaan input  lain seperti teknologi juga memerlukan kemahiran manusia. Peranan sumber manusia dalam proses  pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara boleh dilihat dalam  dua bentuk, iaitu kuantiti sumber tenaga kerja yang disediakan kepada pasaran buruh atau organisasi pengeluaran dan kualiti kemahiran sumber manusia yang disediakan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. Kepentingan kedua-dua aspek ini dalam pembangunan  negara terbukti daripada kajian yang dijalankan oleh Grilliches (1978) dan Wheeler (1980). Kualiti sumber manusia yang dicapai melalui pelaburan modal manusia adalah aset penting negara, terutama bagi negara yang kekurangan modal fizikal atau sumber asli. Buku ini membincangkan teori, faktor yang mempengaruhi dan kepentingan faktor sumber manusia serta mengaitkannya dengan pengalaman pembangunan beberapa negara dengan memberi penekanan kepada pengalaman di Malaysia.

RAHMAH ISMAIL, Ph. D., Profesor di Jabatan Ekonomi Pembangunan, Fakulti Ekonomi, UKM. Terbitan beliau yang lain dengan Penerbit UKM ialah Industri Kecil Malaysia: Isu Pembiayaan Teknologi dan Pemasaran (1995), Wanita dan Pekerjaan (1996), Pembangunan Sumber Manusia (1997) dan Dimensi Ekonomi Pembangunan (2003).