|
Pendidikan
Prasekolah: Cabaran Kualiti. (Syarahan Perdana). ISBN 967-942-647-5. 60 hlm. RM15.00. Rohaty
Mohd Majzub.
Pendidikan prasekolah
adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya
serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajnian mengenai
kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan
perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua
kesan positif, iaitu jangka panjang dan pendek. Kanak-kanak yang menghadiri
tadika mempunyai keyakinan lebih tinggi, mengalami kurang kegagalan dan dapat
menjawat jawatan lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menghadiri
tadika. Pelaburan dalam pendidikan prasekolah adalah bersifat pencegahan
dan dapat membantu kanak-kanak berisiko, berkeperluan khas serta yang lemah
dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun mesan pendidikan prasekolah bergantung
pada kualiti program tadika yang disajikan. Kertas ini membincangkan cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh pendidikan prasekolah di Malaysia serta implikasinya kepada
kualiti program. Berdasarkan penunjuk serta piawai kualiti dalam pendidikan
prasekolah, penulis mengkaji isu dan cabaran dalam senario pendidikan
prasekolah di Malaysia masa kini dan strategi untuk penigkatan kecemerlangan
dalam pendidikan prasekolah masa depan.
|