| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Ekonomi | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
.
.. Peranan Kerajaan dalam Pembangunan Industri Pembuatan.  2004. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-660-2  (paperback).  222 hlm. RM 25.00. Nor Aini Haji Idris, Md Zahir Kechot, Hairunnizam Wahid & Nafisah Mohamed

Dasar kepelbagaian ekonomi yang dilaksanakan pada akhir 1960-an menunjukkan betapa penting peranan yang dimainkan oleh sektor industri khasnya pembuatan dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Bermula dengan industri penggantian import diikuti dengan industri berorientasikan eksport dan industri berat, sektor pembuatan kini beralih kepada industri berintensifkan modal dan berteknologi tinggi. Kronologi yang dilalui oleh sektor pembuatan menggambarkan  kejayaan sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Sebahagian besar eksport negara adalah disumbangkan oleh sektor pembuatan. Menjelang 2010, sektor ini dijangka berkembang pada kadar purata 8.3% setahun dengan bahagian keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat 36.0%. Kejayaan ini adalah hasil daripada campur tangan kerajaan secara berkesan melalui dasar dan strategi yang dilaksanakan. Kerajaan berjaya mengekalkan prestasi ekonomi dengan mengikuti perkembangan yang berlaku di peringkat dunia. Justeru, buku ini cuba mengupas bentuk peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam proses pembangunan industri pembuatan di Malaysia. Tuntutan dalam ekonomi global seperti keperluan kepada k-ekonomi, teknologi maklumat komunikasi (ICT), penyelidikan dan pembangunan (R&D), pelaburan langsung asing, teknologi dan pembangunan sumber manusia menjadikan peranan kerajaan semakin penting. Usaha kerajaan yang berterusan bersama dengan sokongan dari sektor swasta membolehkan Malaysia bergerak ke arah negara perindustrian dalam persekitaran yang selesa dan memberangsangkan.

NOR AINI HAJI IDRIS, Ph. D., dan MD. ZAHIR KECHOT adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.  HAIRUNNIZAM WAHID, MOHD. ALI MOHD. NOOR dan NAFISAH MOHAMED adalah pensyarah di pusat yang sama.

261004