.
| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Bahasa | Buku Terbaru  | Indeks Pengarang|
. Isu-isu Pendidikan, Bahasa, Sastera dan Psikologi di Malaysia.  2005. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-728-5 (kulit lembut).  160 hlm.  RM 25.00.  Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairuddin, Ravichandran Vengadasamy (sunt.) 

Pendidikan adalah satu disiplin yang memberi jalan kepada manusia untuk memperoleh ilmu atau pengetahuan. Pendidikan juga telah mendapat perhatian daripada zaman falsafah Greek lagi, khususnya ahli falsafah seperti Socretes sehinggalah ke zaman falsafah moden dan masih lagi menjadi tumpuan tokoh-tokoh intelektual sehingga hari ini. Maka, tepat sekali jika pendidikan dijadikan tumpuan bagi perbincangan dalam buku ini. Isu-isu pendidikan, bahasa, sastera, psikologi serta teknologi maklumat yang menjadi fokus utama perbincangan dalam buku ini memantapkan  lagi pemahaman tentang pendidikan. Buku ini ditulis dengan hasrat supaya isu-isu pendidikan, bahasa, sastera dan psikologi serta kemahiran menggunakan teknologi maklumat oleh para pendidik dan pelajar diambil berat dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berpengetahuan tinggi. Buku ini menyediakan wahana bersertakan  bukti empirikal terkini dalam menjawab persoalan yang timbul daripada isu pendidikan bahasa, sastera dan psikologi. Penulis buku ini terdiri daripada pensyarah yang juga ahli penyelidik yang memperoleh kepakaran dalam bidang masing-masing. Sudah tentu buku ini mempunyai kelebihan dari segi wahananya memandangkan penulisnya adalah di antara mereka yang sentiasa terkini dalam pengetahuan dan perkembangan dalam bidang yang dicakupi oleh buku ini.

NORIZAN ABDUL RAZAK, Ph. D., pensyarah kanan di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik dan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti. ROZAINEE KHAIRUDIN, Ph. D., pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia dan Ketua Program Psikologi. RAVICHANDRAN VENGADASAMY, pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik dan sedang mengikuti program Doktor Falsafah di UKM. Kesemuanya adalah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


181206