| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Umum | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
...

Sejarah Falsafah. 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-746-3 (kulit lembut). 214 hlm. RM30.00. Ahmad Sunawari Long 

Falsafah adalah gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan sophos yang bermaksud menyintai dan hikmah. Menurut Plato falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Aristotle pula mendefinisikan falsafah sebagai kajian mengenai hakikat ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam. Manakala al-Kindi, seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu (tuhan) yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya. Dalam al-Quran juga ada membicarakan persoalan ketuhanan, roh, hubungan antara keduanya, baik dan buruk, kebebasan memilih dan kehidupan selepas mati. Falsafah mempunyai bidang kajian yang begitu luas serta mencakupi keseluruhan bidang kehidupan manusia. Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah lebih terserlah kerana ia sebenarnya merangkumi beberapa komponen atau subjek utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan falsafah. 

AHMAD SUNAWARI LONG, Ph. D., pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.