| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |  Indeks Pengarang  | 
...

Pertanian Kecil Melayu dan Kelestariannya. 2007. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-812-4 (kulit lembut). 84 hlm. RM20.00. Amriah Buang.

Kelestarian pertanian dapat dinilai dari landskap pertautan arus hidup (genre de vie), pertumbuhan ekonomi, vitaliti sosial dan integriti ekologi. Inilah kerangka lazim yang digunakan bagi membicarakan persoalan kelestarian pertanian di negara-negara maju. Dengan berpandukan kerangka ini syarahan ini menelusuri jatuh bangun evolusi kelestarian pertanian kecil Melayu di Malaysia dalam lima bingkai ruang-masa yang kritikal; fasa prapenjajahan British; fasa penjajahan British; fasa ke arah dan permulaan Merdeka; fasa Tun Razak; fasa Tun Hussein Onn dan fasa Tun Dr. Mahathir. Penelusuran ini diikuti dengan penilaian penataran semula kelestarian petani kecil Melayu dalam era ‘ledakan semula’ pertanian di dalam governans perdana semasa. Keseluruhan eksersais ini mendapati bahawa, sementara dimensi pertumbuhan ekonomi, vitaliti sosial dan integriti ekologi sangat relevan dan membantu dalam memahami arus petani dan kelestarian pertaniannya, namun agak berlainan dari situasi di negara-negara maju semasa, persoalan kelestarian pertanian kecil Melayu menuntut wacana mengambil kira suatu dimensi yang tidak ketara dalam kerangka lazim tersebut, iaitu dimensi geopolitik.

 


190107