. . |
Linguistik:
Teori dan Aplikasi.
2007. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-836-0 (kulit lembut). 308 hlm.
RM35.00. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman.
Linguistik adalah salah satu
daripada bidang sains sosial yang bersifat empiris, memerlukan kerangka
teoritis yang boleh dipertanggungjawabkan. Meskipun setiap manusia
dibekalkan dengan kemampuan kognitif berbahasa, penghuraian ini harus
dilakukan secara bersistem. Data yang dipungut secara empiris akan
mengiringi huraian yang sistematik ini. Penghuraian tingkah laku bahasa
berdasarkan andaian dan intuisi semata-mata boleh membawa kepada
penghasilan pola yang janggal dan mengelirukan. Kajian bahasa seumpama ini
dikenali sebagai kajian preskriptif. Linguistik: Teori dan Aplikasi
memaparkan kaedah kajian yang boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh
pengkaji bahasa dan pelajar. Pengumpulan data dilakukan melalui kerja
lapangan, dokumen ataupun korpus. Data ini seterusnya dianalisis
menggunakan teori yang berwibawa bagi menjelaskan hubungan antara aras
abstrak minda dengan penggunaan bahasa yang sebenar. Oleh kerana bahasa
dianggap bersifat abstrak, maka pemerian teori memainkan peranan penting.
Kesemua bab dalam buku ini disatukan dengan kerangka kaedah kerja yang
sama. Huraian bagi setiap bab bermula dengan pembentangan data,
pengaplikasikan teori dan penghuraian bahasa secara praktis. Buku ini
membincangkan semua aspek linguistik, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik dan pragmatik. Bahagian aplikasi lebih jelas bagi bab yang
membicarakan sosioliguistik, stilistik dan terjemahan. Banyak persoalan
bahasa yang dibicarakan mencetuskan perbincangan bernas terutamanya
apabila wujud ketidakselarian pendapat di antara kerangka fahaman nahu
terdahulu dengan yang ada pada hari ini.
NOR
HASHIMAH JALALUDDIN, Ph. D, adalah Profesor di Program Linguistik, Pusat
Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
IMRAN HO ABDULLAH, Ph. D, Profesor Madya juga adalah Timbalan Pengarah di
Pusat Pengembangan Akademik. IDRIS AMAN, Phd. D adalah Profesor Madya juga
di Pusat yang sama.
|