| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

Tenaga untuk Manusia . 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-841-4 (kulit lembut). 158 halaman. Mohd Yusof Hj Othman.

Penjanaan tenaga berasaskan sumber tenaga fosil seperti minyak, gas dan arang batu banyak member manfaat kepada kehidupan manusia dan pembangunan sesebuah negara. Setelah lebih 200 tahun digunakan, dunia kini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan sumber tenaga tersebut. Malah kesan negatif daripada penggunaan tenaga berasaskan bahan fosil terhadap alam sekitar mula terserlah melalui pencemaran udara, hujan asid dan pemanasan global. Oleh itu, nagara maju kini giat meneroka sumber alternatif mendapatkan tenagan yang mesra alam, selamat, menjimatkan dan berkekalan. Sumber tenaga ini dikenali sebagai tenaga boleh diperbaharui atau sumber tenaga keterbaharuan. Contoh sumber tenaga diperbaharui ialah tenaga suria, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga biogas, tenaga hidro, tenaga geoterma, tenaga ombak dan tenaga haba dari lautan. Walau bagaimanapun hanya tenaga suria fotovoltan dan terma, tenaga angin, tenaga biojisim, tenaga biogas dan tenaga hidro yang berpotensi untuk dimajukan.

MOHD. YUSOF HJ. OTHMAN, Ph. D., Profesor bidang Fizik, di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi. Kini beliau adalah Pengarah Institut Islam Hadhari UKM. Bidang kepakaran beliau ialah sistem solar terma dan sistem fotovoltaik. Terbitan beliau yang lain dengan Penerbit UKM ialah Teknologi Tenaga Suria (2002 bersama Kamaruzzaman Sopian) dan Penjanaan Tenaga: Kesinambungan yang Meyakinkan (1996).


011209