| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

Siri Memoir & Biografi UKM

 

Biografi Aminuddin Baki: Arkitek Pendidikan Negara (Cetakan Kedua). 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-849-0 (kulit lembut). 246 halaman. RM 35.00. Rozeman Abu Hassan.

Aminuddin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa Melayu sendiri amat dikagumi. Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS. Perjuangan beliau dianggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelapor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran. Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki dianggap sebagai Bapa Pemodenan Pelajaran kerana cetusan idea-idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan Negara terutamanya kepada bangsa Melayu. Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.

ROZEMAN ABU HASSAN, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Gunaa, Open University Malaysia. Belaiu berpengalaman berkhidmat sebagai seorang Guru Siswazah di Negeri Sembilan, Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia, Pensyarah Sejarah dan Felo Penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

 


010210