| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |

Transformasi Masyarakat: Cabaran Kelaurga, Gender dan Sosiobudaya . 2008. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-877-3 (kulit lembut). 224 halaman. RM 35.00. Rahimah Abdul Aziz (suntingan).

Semenjak Merdeka pada 1957, iaitu 51 tahun yang lalu, Malaysia telah mengalami tranformasi dari segi sosial, ekonomi dan politik, selaras dengan kepesatan proses pembangunan, pemodenan, perbandaran dan perindustrian yang dirancang dan dilaksanakan. Perubahan sosial yang dialami masyarakat dan negara adalah begitu menakjubkan sekali. Namun demikian, dalam proses mencapai kemajuan itu Malaysia sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang datang dari dalam dan luar negara, antara cabaran dan masalah itu adalah dalam bentuk politik, sosial, budaya, ekonomi, perpaduan kaum, pencemaran alam sekitar, penagihan dadah, rasuah dan banyak lagi. cabaran dan masalah ini perlu ditangani dan diatasi dengan bijak sekiranya Malaysia berhasrat mencapai dan mengekalkan hala tujunya sebagaimana yang telah dirancang. Tranformasi Masyarakat: Cabaran Keluarga, Gender dan Sosiobudaya adalah satu usaha member makna dan tafsiran kepada pelbagai cabaran, isu dan masalah yang terdapat dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada kesan proses tranformasi yang sedang dialami masyarakat Malaysia. Hal ini bertujuan supaya para pembaca umum dapat menghayatinya dalam usaha mereka memahami masyarakat dan negara Malaysia.

RAHIMAH ABDUL AZIZ, Ph. D, adalah Profesor dan Pensyarah di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga Ketua Editor Jurnal AKADEMIKA yang banyak mengkaji, menyelidik serta menerbitkan makalah dan buku berkaitan dengan perubahan sosial dan pembangunan


160109