| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |

MEMS dan Nanoteknologi: Tersangat Kecil tetapi Impaknya Raksasa . (Syarahan Perdana) . 2008. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-883-4 (kulit lembut). 82 hlm. Burhanuddin Yeop Majlis.

Sistem elektromekanik mikro atau MEMS adalah teknologi berasaskan teknologi silikon. Teknologi ini boleh digunakan dalam hampir semua bidang, antaranya automotif, ketenteraan, alam sekitar, pertanian, Teknologi Maklumat, perubatan dan penuaian tenaga. MEMS bersaiz dalam julat micrometer, dan sedang mengecil ke dalam julat nanometer yang disebut NEMS. Perkembangan dalam peranti nanoteknologi bergantung pada tiga perkara, iaitu bahan, peranti dan pembuatan. Nanoteknologi adalah revolusi dalam bahan, peranti dan juga pembuatan. Teknologi bahan termaju akan menghasilkan produk, komponen dan sistem pelbagai fungsi yang lebih kecil, dan pintar serta serasi dengan alam sekitar. Kemajuan dalam peranti boleh menghasilkan komputer bersaiz kecil kerana transistor bersaiz nano yang digunakan akan mengurangkan saiz cip computer. Suatu hari nanti, mungkin robot nano digunakan untuk membaiki sel yang rosak seperti sel kanser. MEMS dan nanoteknologi adalah revoluai teknologi bersifat multidisiplin yang luas dan akan kerap digunakan pada masa depan. Teknologi maklumat sememangnya sudah merevolusi kehidupan kita dan akan terus relevan untuk menyokong pembangunan dan penggunaan bidang nanoteknologi. Bahan termaju dan nanoteknologi akan membolehkan penemuan peranti baru dengan kemampuan di luar jangkaan kita. Manakala, bidang bioteknologi akan merevolusi organism yang akan dimanfaatkan untuk membentuk produk di bawah kegiatan bidang nanoteknologi yang bersifat sepunya. Nanosains lebih banyak melibatkan bahan yang disediakan secara meniru alam semula jadi yang biasanya adalah dalam media cecair. Nanoteknologi menjadikan sempadan antara biologi, fizik dan kimia menjadi kabur. Nanobiologi akan menjadi dominan dalam nanoteknologi di masa hadapan yang proses pembuatannya melibatkan proses yang meniru ‘alam’. Ilmu baru seperti biomimetik perlu unuk tujuan tersebut. Nanonoteknologi akan mengubah gaya hidup kita dan dunia keseluruhannya. Kita tidak boleh berundur lagi dlam menempuh era nanoteknologi yang akan megubah alam sekitar dan gaya hidup masyarakat. Bayangkan apabila kita menyapu krim pada muka, sebenarnya kita memindahkan mesin nano yang diprogramkan parut dan jeragat. Demikian juga hal yang lain akan berlaku seolah kita mengarahkan sesuatu tanpa disedari  oleh seseorang. MEMS dan Nanoteknologi terus menjelajah ke dunia sangat kecil atau halus dan membolehkan perkara yang tidak nampak dapat dikawal  dan difahami secara saintifik yang akan menjadi reality suatu masa nanti.


160109