| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |

Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-890-2 (kulit lembut) Edisi Kedua. 314 halaman. RM 40.00. Amla Mohd Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina kemahiran menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak sengan aktiviti penggayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah lengkap dengan teori, prinsip dan kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu murid-murid. Modul latihan yang dimuatkan dalam buku ini dapat dijadikan panduan kepada pihak yang bertanggunjawab agar dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan minda serta shasiah murid-murid kea rah kematangan yang positif. Matlamat kaunseling yang juga melibatkan langkah pencegahan dapat dilaksanakan melalui hubungan positif kaunselor-klien berdasarkan prinsip-prinsip kaunseling dan pengaplikasian pelbagai pendekatan yang sesuai.

AMLA MOHD. SALLEH, Ph. D., adalah Profesor dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Beliau juga adalah Ketua Kumpulan Nic Penyelidikan Komuniti dan Pemupukan Nilai Murni. ZURIA MAHMUD, Ph.D., adalah Profesor Madya di Jabatan Asas Pendidikan dan Timbalan Dekan Siswazah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. SALLEH AMAT, Ph.D., adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan dan juga sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Latihan di Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 


100509