| Menu Utama  |  Buku & Monograf  | Buku Terbaru  |

Tenaga Keterbaharuan: Laluan Masa Depan Bebas Karbon. (Syarahan Perdana) . 2008. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-891-9 (kulit lembut). 88 hlm. Kamaruzzaman Sopian.

Tenaga diperlukan dalam semua aspek aktiviti manusia dan pembangunan negara. Peningkatan kos bahan api fosil, keselamatan tenaga dan perubahan iklim adalah isu-isu penting dalam pembangunan lestari setiap negara. Perbezaan di antara permintaan dan pengeluaran bahan api fosil di Malaysia semakin meningkat. Satu sumber tenaga baru untuk mengatasi perbezaan amat diperlukan dan tenaga keterbaharuan boleh memainkan peranan. Teknologi tenaga keterbaharuan seperti pemanasan dan penyejukan suria, kuasa hidro, biojisim, fotovoltan dan angin memainkan peranan utama dalam mencapai pembangunan lestari. Penggunaan tenaga keterbaharuan akan menyediakan jutaan peluang pekerjaan dan menurunkan pertukaran asing hasiln daripada mengimport bahan api berasaskan karbon. Teknologi tenaga keterbaharuan juga boleh menggantikan sistem lama berasaskan karbon dan seterusnya meningkatakan produktiviti  serta lebih mesra alam. Adalah penting untuk negara melaburkan secara insentif dalam teknologi ini agar dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan kesenangan untuk generasi akan datang. Tenaga keterbaharuan juga boleh digunakan untuk menghasilkan hidrogen sebagai pembawa tenaga. Hidrogen merupakan bentuk tenaga yang bersih dan lestari serta boleh digunakan dalam aplikasi bergerak dan tekun serta jawapan kepada keperluan tenaga dan dalam masa yang sama mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan juga gas rumah kaca yang lain. Hidrogen merupakan bahan paling banyak di alam ini. Beberapa strategi perlu dilaksanakan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi, iaitu dengan mengadakan program perkhidmatan, penerangan dan kempen kesedaran, pendidikan dan pembelajaran serta pembangunan sumber; membentuk infrastruktur dan pasaran; memantapkan dasar dan meningkat lagi kerangka kewangan untuk menyokong pembentukan pasaran; dan membantu menubuhkan industry tempatan dan penyelidikan serta pembangunan. Hasil daripada strategi ini adalah untuk menguatkan industri, pengguna dan pembuat dasar atau keputusan kearah satu sistem tenaga keterbaharuan yang mesra alam, lestari dan berpanjangan di samping memenuhi permintaan tenaga manusia dan membuka laluan kea rah masa depan bebas karbon.


160109