| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-899-5 (kulit lembut). 308 halaman. Juriah Long (suntingan).

Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini telah member kesan terhadap bidang pendidikan Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran pada abad ini. Perubahan semasa memerlukan guru bahasa mempunyai pengetahuan bahsa dan pedagogi yang mantap untuk digunakan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah yang berpusatkan murid di samping penyerapan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan teknologi maklumat serta komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah. Model dan teori tentang aspek kemahiran berfikir, iaitu kemahiran metakognitif dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta penggabungjalinan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu akan membantu para pendidik Bahasa Melayu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa serta dapat dijadikan panduan bagi menghadapi cabaran dan kekangan dalam pengajaran bahasa Melayu pada masa kini.

JURIAH LONG, Ph. D., Profesor di Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah pakar bidang Pengajaran Bahasa Melayu dan Linguistik Terapan Pengajaran Bahasa. Antara karya beliau yang diterbitkan di Penerbit UKM seperti Pendidikan Bahasa Melayu: Antara Hasrat dengan Pelaksanaan, Aliran dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad ke-21, dan A Survey of the Acquisition of Language and the Development of Reading amongst Kindergarten Children in Both English and Bahasa Tongues.


230810