| Penerbit UKM    | Buku Terbaru  |

 

Pendidikan Inklusif dan Pelajar Berkeperluan Khas. 2009. Syarahan Perdana UKM. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-919-0 (kulit lembut). 66 halaman. RM 20.00. Zalizan Mohd Jelas.

Abstrak

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia telah menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut. Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Syarahan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan pelajar dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Syarahan ini dimulakan dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusi daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirikterhadap perkembangan pendidikan inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati bahawa perkembangan pendidikan inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa dimensidimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan saling bergantung pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu menggunakan pendekatan lebih luas yang meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial boleh menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti pendidikan untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan.

Abstract

Inclusive education is a global issue and countries including Malaysia have formulated policies to achieve its aims and objectives. Its interpretation and implementation to create inclusive school communities however are met with barriers, dilemmas and contradictions that resulted in reforms that are superficial and ad hoc. The purpose of this lecture is to identify the major problems in formulating the current policies; how the national context explains and constrains inclusive practices. Inclusive education is discussed from human rights perspective and the impact of empirical studies. Based on the analysis of the literature, inclusive education in Malaysia developed from a narrow and limited perspective; one that should emphasise dimensions of input, process, outcomes and external factors are related to and dependent upon the context. The analysis can be a basis for a review and to recommend policy and practice. Efforts to achieve a more inclusive school environment must adopt a wider approach within the mainstream education system. The understanding of the purpose and functions of schools as a social institution and the extent of its effective contribution toward quality and equality education for all children, including special needs children, remain a continuing challenge.

.

.

.


080909