| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

 

Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu. 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-950-3 (kulit lembut). 206 halaman. RM 35.00. Abdul Rashid Daing Melebek & Amat Juhari Moain.

Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti ini dihasilkan untuk menjelaskan kepada seluruh lapisan pembaca tentang kajian sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Judul yang termuat dalam buku ini tersusun mengikut bidang yang terdapat dalam sosiolinguistik. Kandungan langsung yang digarap dalam 12 bab ini bakal merungkai tentang persamaan dan perbezaanya. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa turut dikupas  oleh pengarang. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama. Perubahan berlaku dalam pelbagai sudut sosiolinguistik masyarakat seperti struktur, nilai, organisasi dan sistem social yang akan mempengaruhi aspek lain. Penyesuaian atau penggantian fitur yang berlaku dalam bahasa ini membawa kepada perubahan lain terutama dalam konteks bahasa dari peringkat ke peringkat dalam perkembangan sejarahnya. Bahasa dan budaya mempunyai perhubungan yang erat serta mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan yang erat serta mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan bagi menggambarkan sesuatu suasana, meyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar, menyatakan atau mengujarkan perasaan dan sebagainya. Perubahan bahasa berlaku pada banyak segi kebahasaan seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, kosa kata, ungkapan, sebutan, laras, wacana, tatabahasa dan sebagainya.

ABDUL RASHID DAING MELEBEK, Ph.D., adalah pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang tatabahasa bahasa Melayu, sejarah bahasa Melayu dan linguistik terapan. AMAT JUHAIRII MOAIN, Ph.D., adalah mantan Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah sejarah bahasa Melayu, sosiolinguistik dan linguistik.

 

 


101110