| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

 

 

Psikologi Sosial. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-951-0 (kulit lembut). 336 halaman. Rozmi Ismail.

Setiap individu tidak terkecuali daripada terpengaruh dengan persekitaran sosial di mana mereka berada. Apa yang kita fikir dan lakukan sama ada bersifat negatif mahupun positif sehinggalah membuat keputusan penting dalam hidup kesemuanya akibat terpengaruh daripada ejen sosial yang kadangkala kita tidak menyedarinya. Psikologi Sosial mengupas secara komprehensif disiplin psikologi sosial sebagai bidang penting dalam ilmu psikologi dan khususnya dalam memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan jiwa seseorang individu. Antara aspek yang dibincangkan dalam buku ini adalah kaedah memahami jiwa dan tingkah laku orang lain, teknik-teknik memahami dan mengubah sikap orang lain, perhubungan antara individu dan peranan cinta kepada individu, keagresifan dan keganasan, tingkah laku prososial, kumpulan dan pengaruhnya kepada individu dan aplikasi psikologi sosial dalam bidang kesihatan, keselamatan, perundangan dan politik. Kunci utama dalam memahami tingkah laku yang dikaji adalah dengan mencari sebab dan keadaan tertentu yang membentuk tingkah laku sosial serta kefungsian minda dalam membentuk tingkah laku individu. Melalui permaknaan psikologi individu ini, sekali gus kita dapat memahami jiwa masyarakat. Hari ini psikologi sosial bukan sahaja menjadi tunjang kepada psikologi moden, bahkan berkembang pesat sehingga diaplikasikan dalam hamper kesemua bidang yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

ROZMI BIN ISMAIL, Ph.D, Profesor Madya dan mantan ketua program psikologi dari Februari 2008 hingga Oktober 2009 di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, FSSK, UKM. Beliau berkepakaran dalam bidang psikologi pemandu dan keselamatan jalan raya serta kajian sosial remaja. Kini, beliau sebagai Ketua Program Kem Perkasa di Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM.

 


280311