| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

 

 

Hidup Atau Mati: Masalah Bunuh Diri di Malaysia dari Perspektif Psikiatri. 2010. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-960-2 (kulit lembut). 54 halaman. Syarahan Perdana. Maniam Thambu.

Kejadian bunuh diri adalah suatu tragedi, bukan sahaja pada individu tetapi juga pada sanak saudara dan masyarakat. Membunuh diri seolah-olah adalah satu cara penyelesaian kekal, semasa seseorang menghadapi sesuatu masalah kehidupan yang bersifat sementara. Kejadian bunuh diri dan percubaan bunuh diri telah menjadi suatu masalah kesihatan masyarakat yang utama. Kebanyakan negara di dunia telah mula membangunkan program pencegahan bunuh diri. Anggaran kadar bunuh diri di Malaysia dari 1990 hingga 2000 ialah antara 10-13 orang per 100,000 penduduk. Data yang lebih tepat tidak dapat diperolehi kerana kebanyakan kes bunuh diri di Malaysia dikelaskan sebagai kes kematian tak diketahui (undetermined deaths). Kadar percubaan bunuh diri pula adalah sekurang-kurangnya 10 kali ganda berbanding kadar bunuh diri. Syarahan ini akan menghuraikan beberapa fakta umum mengenai masalah ini, contohnya istilah bunuh diri, taburan sosiodemografi, sebab seseorang memilih untuk membunuh diri dan seterusnya membincangkan dengan lebih terperinci tentang trend kadar bunuh diri di Malaysia semenjak 30 tahun yang lepas. Syarahan ini juga akan membincangkan sebab trend ini berlaku dan juga meninjau fakta yang mendorong kepada meningkatnya masalah ini, antaranya pengaruh media massa dan internet. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 2% daripada semua kejadian bunuh diri adalah disebabkan oleh pengaruh laporan media massa. Akhir sekali turut dibincangkan tentang usaha mencegah kejadian bunuh diri di negara ini, termasuk pelan tindakan pencegahan bunuh diri, garis panduan untuk media masa dan Hari Mencegah Bunuh Diri Sedunia.


280111

-------------