| Penerbit UKM   | Buku Terbaru  |

 

 

 

 

Ekonomi Islam: Satu Pendekatan Analisis. 2011. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-966-4 (kulit lembut). 248 halaman. Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid.

Bidang ilmu ekonomi Islam sedang berkembang. Kajiannya menerusi berbagai-bagai pendekatan dan penemuan baru dilakukan dalam usaha untuk lebih memahami ilmu ekonomi islam. Kajian meliputi bidang kewangan, perbankan dan kajian gelagat ejen ekonomi. Pendekatan kajian yang digunakan seperti falsafah, teoretikal dan empirikal. Buku ini menganalisis beberapa tajuk tertentu dalam kajian mengikut perspektif Islam. Pendekatan analisis teori digunakan bagi tujuan memahami teori sesuatu tajuk tertentusecera lebih mendalam di samping dapat menghubung kait secara jelas di antara teori dan amalan. Walaupun pendekatan yang digunakan agak teknikal namun amat berguna bagi memahami sesuatu teori ekonomi mengikut perspektif Islam. Perbincangan difokuskan kepada beberapa tajuk tertentu meliputi metodologi kajian ekonomi Islam, gelagat pengguna, dasar belanjawan dan keseimbangan ekonomi. Analisis bagi setiap tajuk dilakukan dengan menggunakan bantuan gambar rajah tanpa pembuktikan empirical, namun Sesutu fakta tetap dapat dibuktikan dengan jelas. Buku ini wajar dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar dan pengkaji ilmu ekonomi Islam yang ingin mendalami bidang ekonomi Islam.

JAAFAR AHMAD, MPhil., adalah mantan pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. SANEP AHMAD, PhD., adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, HAIRUNNIZAM WAHID, MEc., adalah penyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

 


010611